Wednesday, May 4, 2011

tip menghadapi peperiksaan

urmm..dekat2 nk exam ni rmai jer yg cuak tok menghadapi exam..mnew tidaknya dlam fikiran duk fikir btol ke aq nk exam ni??btul ker aper yang aq skor ni masuk?? bnyaknya la tajuk yang aq x stadi agi...n macam2 agi la...so di sini entry adew la seikit tips exam tok di kongsi bersama teman2 n pembaca2 blog sekalian...so selamat mencuba...
SEBELUM PEPERIKSAAN : 

• Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis 
kursus 
• Ulangkaji nota secara konsisten secara individu 
• Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah 
• Semak soalan-soalan yang lepas 
• Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik 
menjawab soalan yang dikenalpasti 
• Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara 
konsisten 
• Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik 
• Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat 
• Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas 

HARI PEPERIKSAAN : 

• Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan 
• Datang awal ke dewan peperiksaan 
• Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama- 
sama dengan rakan 
• Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui 
• Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda 

SEMASA PEPERIKSAAN : 

• Baca arahan dengan teliti. 
• Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya 
• Baca setiap soalan dengan teliti. 
• Gariskan perkataan yang penting dalam soalan 
• Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan. 
• Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat 
memenuhi kehendak soalan. 
• Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan 
pen berdawat terang (hitam) 
• Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada 
soalan yang sukar 
• Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan 
• Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas 
jawapan 
• Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti 
• Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas 
peperiksaan 

SELEPAS PEPERIKSAAN : 

• Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas 
waktu peperiksaan. 
• Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan 
yang lain 
• Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan 
• Rileks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang 
lain. 

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER..

so entry ucapkan selamat berjaya kepada kawan2 serta sesape jer yang akan mengahadapi exam...jom doakan kejayaan masing2..moga2 ia di berkati ALLAH s.w.t.. amin....

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. good luck in ur exam!! chaiyok tok mentari senja..huhu..=)

    ReplyDelete
  3. hmmm in4 yg bagus... btw, gud luck utk xm... (mcm r SC x xm sx kn.. huhu)
    ohh ye jgn lupe 4lo akk ea...

    ReplyDelete