Tuesday, May 17, 2011

senyum ker sedey??

mlm ni entry duk check2 fb entry terbaca lak  benda ni..so entry tertarik lak nk kongsi... tajuk dia " sila baca pasti tersenyum".

•Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Karena walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan
 entry terasa lak sedih nya..bkanya tersenyum..sebab ade gak la ayatnya terkena batang idung sendirik..hehe... peace no war!!

hari yang sangat buzy n penat...

dah lama dah x edit blog...biasa la entry skang ni kan ngah exam..so buzy la cikit..ari ni wlaupun penat tpi kira ok la..enjoy sngat...ari ni entry terpaksa bngun awl pagi..maklum sjalah pagi tu ade meting.. exam2 pun meting jer kerjanya..xdi meting baksis kt langkawi..cam aper jer jadik biro aktiviti..huhu..bnyak jer kerja yg perlu di buat..tpi xpe i will try to do my best...ermm...blik jer meting g mkan kat varsity mall 2 wif my friends adda, chark n aesya..tpi tekak ni lak rasa loya..nk muntah..abis jer mkn terus blik sleeps kat bilik..ngah best2 tido k.elah lak col..tpi terkantoi la ngah tidow bkan stadi..hehe..tpi xpe sebab betul2 x sihat..so slamat la ckit.. __________________________________________________________________________________
ptg nya lak..terpaksa la g ke pusat sukan..pkul 5 ptg g..siap isi2 borg terus buat latihan tok selection MASSUM... coach nya aslah..president klab kenu uum.. tpi x sangka la dapat gak la lari 2 pusingan kat trek 2..ingt mmg pancit awl2 dah..tpi alhamdulillah la lepas jugak..yg tu lari ramai2 la..yang ujian tok individu lak kami terpaksa lari berapa bnyk pusingan dalam masa 3 minit..kira ok la dapat 2 pusingan.. pastu ujian kedua lak fitness..kami terpaksa lompat katak sejauh yang boleh dlam satu pusingan...n sapa yang paling sikit lompatannya..hah yang ni kira fail la cikit sbb 15 pusingan  jugak la..truk la fitness..n last punya ujian dia tgok kelenturan badan..nasib la lepas..hehe.. hope2 la dapat pi masum tu...nk try la main rowing... cam best jer... __________________________________________________________________________________ hah..mlm lak..blik jer selection masum tu mndi2..solat2 n terus jer pi cafe MALL..pi dinner with a.zoey n k.jiji.. firstly nk bt surprise beli kek kat diorang..kan diorang dah nk grade dah..last sem la katakan..tpi malangnya si ijan dah terbocor lak rahsianya..pasal kek 2..nk bt camne..tpi kira enjoy la gak sebab adew jer citer yg di kongsi..kan dah lame x berjumpa..(cam la jauh sngat..padahal satu dpp jer kot) huhu.. exam la.. (bleh trima ke alasan ni??) hehehe.. anyway.. hope diorang tak kan lupakan TRADESY n TRADEWINDS..hehe... __________________________________________________________________________________ balik2 jer blik dtg lak mengacau si andik n tasya ni nk studi...jahat tol la aq ni..kecian depa nk exam sok..hope2 la diorang dpat jawab exam dengan baik... ermm..entry dah x larat dah ni nk tulis..n then bateri lappy pun dah nk abis ni before terpadam lappy ni n tertutup mata ni..entry pun nk stop dulu la...nnti entry free entry up date agi yer...bye2 sume...night..ehh..morning...huhuhu

Monday, May 9, 2011

EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU!

tetibe jer rasa nak berkongsi citer ni ngan korang..xdi ngah duk stadi2 terbuka la fb member ni so terbaca lak citer ni..so teringin rasanya nk berkongsi citer sweet ni...hehe..selamat membaca sume...



tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...


macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!

masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.

hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...

day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.

satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?

weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............

aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!

5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.

ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...

okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.

semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....

----------------------

aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!"  okk, fine!

selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....

-----------------------------

hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku, "sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!"sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.

4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...

balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??

ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!

ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibi senyum-senyum. tenang jek..)
aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)

semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....

ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...
aku: habes tuh ibu??
ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...
aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....
ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...
aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?
ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..


aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......

aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.

pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...

"eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"
"kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"

pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..

9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.

kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!

sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."

semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....

"aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?

aku? haaaa?

"amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"

amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....

aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!

------------------------

AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~

masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..

kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!

kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?

and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!

---------------------------------

FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!

-----------------------------------

just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.

- - -  - - - - - - - END - - - - - - - - - -

wajib ler cerita tipuuu..................... grrrrrr~ (takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)

moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. yang still berkepel lerr... nak cakap lebih-lebih aku pon lebih kurang jek. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)

*hak cipta terpelihara: AISHA SAAD*

betul x citer ni sweet?? hehehe...best nyer la kan?? ye la x yah duk susah2 nk fikir pasal cinta...bercinta after kawin slalunya akan kekal forever..hehehe

Wednesday, May 4, 2011

tip menghadapi peperiksaan

urmm..dekat2 nk exam ni rmai jer yg cuak tok menghadapi exam..mnew tidaknya dlam fikiran duk fikir btol ke aq nk exam ni??btul ker aper yang aq skor ni masuk?? bnyaknya la tajuk yang aq x stadi agi...n macam2 agi la...so di sini entry adew la seikit tips exam tok di kongsi bersama teman2 n pembaca2 blog sekalian...so selamat mencuba...
SEBELUM PEPERIKSAAN : 

• Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis 
kursus 
• Ulangkaji nota secara konsisten secara individu 
• Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah 
• Semak soalan-soalan yang lepas 
• Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik 
menjawab soalan yang dikenalpasti 
• Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara 
konsisten 
• Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik 
• Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat 
• Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas 

HARI PEPERIKSAAN : 

• Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan 
• Datang awal ke dewan peperiksaan 
• Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama- 
sama dengan rakan 
• Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui 
• Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda 

SEMASA PEPERIKSAAN : 

• Baca arahan dengan teliti. 
• Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya 
• Baca setiap soalan dengan teliti. 
• Gariskan perkataan yang penting dalam soalan 
• Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan. 
• Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat 
memenuhi kehendak soalan. 
• Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan 
pen berdawat terang (hitam) 
• Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada 
soalan yang sukar 
• Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan 
• Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas 
jawapan 
• Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti 
• Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas 
peperiksaan 

SELEPAS PEPERIKSAAN : 

• Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas 
waktu peperiksaan. 
• Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan 
yang lain 
• Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan 
• Rileks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang 
lain. 

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER..

so entry ucapkan selamat berjaya kepada kawan2 serta sesape jer yang akan mengahadapi exam...jom doakan kejayaan masing2..moga2 ia di berkati ALLAH s.w.t.. amin....

Monday, May 2, 2011

penang tyme...

kali ni entry nk shared citer entry pi penang lak...hishh..sem ni memang entry kuat berjalan la..hehe..family pon worried ngn entry..tkot xdpat nk concentrate on my study..yelah exam dah x sampai seminggu pon lagi but asyik g jalan2 jer kerjanya..tpi nk bt cmne..dah berjanji ngn kawan..so terpaksa la entry pergi..
so we oll bertolak pkul 10.00pagi..kwan entry yg dtang ambik entry..kali ni just entry, patner kayak entry (wari) n aesya..kitorang pi main redah jer la..x taw jalan sangat nk pi batu feringgi 2..just hemtam sja la..tpi sempat gak la mkan buah langsat tu (sesat) huhu...si aesya siap beli peta agi..hehe..wari col member dia..tpi mlangnya member dia blik kg la plak..biasa la penang ngah cuti..sabtu, ahad n isnin (hari pekerja)..rmai yg balik kampung.. sampai2 dalam pkul 1 lebih..so singgah lunch kat MD... punya la ssah nk parking..tpi pusing punya pusing dpat gak la..aesya sedey :-( sebab bli mD tpi x dpat gelas coca cola..sbb x tambah sunday..huhuhu..sabaq je la ye...hehe..so we oll truskn la perjalanan ke batu feringgi..di sebabkan cigu rahim x sampai agi n baru bertolak dri sungai petani so entry pon col la a.mat (kenal kat cenang ari tu) kbetulan duk kt batu feringgi ade family day syarikat dia..so jumpalah dia di hoel holiday inn..best giler hotel 2..dia duk sorang luas lak 2..harga blik 2 rm4++ la..tpi syok..view tepi laut n swiming pool...entry khusuk jer melihat telatah kanak2 duk berenang kat c2..teringat kat anak sedara kat kl 2..hehe..ok teruskan story..we oll masuk bilik 2 solat jamak zuhur n asar.. sambil tgok citer upin n ipin...sambil borak2 ngn a.mat..pahtu tunggu cikgu rahim..tpi kesian kat a.mat..tertido kat kerusi kepenatan..sebab maswari dh lending baik punya kat katil 2..hehehe..(taw dek wari mau kene pelekung..) dalam pkul 5 lbih cikgu rahim col ckap dia dah sampai dah.. so wari pi la nk menjemputnya..pastu wari col suh we ol trun cikgu ajak makan n minum kat warung depan hotel holiday inn 2..terpaksa la kami mengejutkan a.mat..dia x turun sekali sbb adew kerja lain..so we oll pon p la tempat wari..kelihatan cikgu rahim, encik mat shoib n along..anak sulung cikgu rahim..smbil minum2.. cikgu duk pkir tempat tdow kami..sbb tyme 2 cuti dh xde tempat nk menginap dah..yg tinggal bilik rm7++ jer..so a.mat dtg give cad (kunci)..so menginap la kat bilik a.mat..kecian a.mat..terpaksa tdow kt kerusi agi la..urmm..first tyme tdow kt hotel bersama lelaki stu bilik..fuhhh...nsib la semua dah kawin just wari jer...after solat magrib we oll siapkan report cikgu..pukul 9.30 trun pi pasr malm..x best pon..mahal aje brangnya..pi crai makann..kat restoren aper entah..mlam 2 mkn best..sup campur, telur dadar, daging merah, syur kailan, n siakap masak 3 rasa...lpas makn blik hotel..tyme tok sleep la..even we oll sleep atas katil tempat yg pling mewah we ol x lena pon..x sampai hati biarkan yg tua2 semua tdow kat lantai even dalam sleping bag pon..huhu..
bgun kemain agi pagi..pkul 5.30 dh bngun dah..mandi x mau berebut blik air..hehe..bgun2 jer si wari tu say 'selamat pagi malaysia"..hehe..terkejut kot..after mandi solat n smbil tunggu yg lain mandi n bersiap..tgok la tv...hehehe..pkul 7.30 pgi we oll berangkat ke tempat aktiviti family day sebuah syarikat kat kedah..700 org semua yang hadir..we oll pi ke sana tok uruskan sukaneka.. sampai disana..terus tanam bola..tok permainan kanak2.. adew cari telur penyu,pancing botol,tiup belon.,isi air dalam botol guna sudu,musang brjanggut..tok org tua lak isi air dalam botol guna camca gak, pastu kail botol, musng berjanggut, tarik tali..fuh panas n penat la..tapi seronok..meriah ajer..yg bestnya dpat gak merasa durian balik pulau..yg di ktakan rm20 sebijik 2.dpat la merasa seulas sorang..fuhhh..memang kaw r..best giler.. siap aktiviti 2 dalm pkul 2..blik hotel rest n siapkan report cikgu..dalam pkul 6.30 lbih pi la padang kota lama pekene pasemboq..best r..ais kacang..fuh masuk wlaupon ujan tyme 2..hehe..pkul 7.30 ptg blik la ke uum blik..first nk ikut feri..tpi tgok jalan jamm kt nk masuk feri 2 terus ikiut jambatan..urmm..we oll smpai uum dlam pkul 11 mlm...sbb berhenti kat giants jap..wari penat mgangtuk..so we oll suh dia tdo sat..2 y smpai lwat 2..pape pon best giler r...seronok la..enjoy aja...duit pon dpat..tpi event dpat duit segan kot kerja x la seberat man pon dpat bnyak giler..makan minum cikgu yg byar..paper po..thank's a lot kat cikgu rahim..jasa mu tetap ku kenang smpai biler2...

Thursday, April 21, 2011

pesta air langkawi


























baru2 ni entry n member entry join program pertandingan kayak n rakit di pesta air langkawi...jgan silap lak..we oll jdi urusetia jer...hehe..hari first g langkawi entry g ngan kete member..dah la entry sowang jer pompuan...3 org kot lelaki in the car..but entry just percaya kat kwan entry jer..dia ni patner kayak ain..so ain pon naik jer la..agi pon pergi jeti kuala perlis jer pon..kami bertolak dari uum ni pkul 9.30 pgi..wlaupon mlam 2 x tdow sbb kene edit 2 asigment sekali gus...pgi 2 tetap g jugak ker langkawi 2..yelah gi sana semuanya di support oleh cikgu rahim (jurulatih ko.k)..so rugi la x g..agipon hnya insan terpilih jer yg dpat g..hehe..nasiblah smpai jeti adew kak natrah...ade gak pompuan...naik feri jam 11.00 smpi langkawi 12 lebih..
sampai jer naik van yg dah di sewa...ke pantai cenang..jauh 2...sampi2 jer pantai cenang..kena angkat kayak, paddle, kayu, tong air, BA, n mcam2 agi..fuhhh..penat giler...nak mati rsanya..dah la x mkan agi..hehe..siap kemas tempat kami pon pergi la ambik member chark n aishah dtg lambat ckit sbb adew klas yang x leh nk skipp..huhuhu...siap ambik diorang we oll g makan..yg ni pon di support..sedap wooo kerabu mangga..huhu..
siap mkan...pergi pekan kuah jap..cari barang2..kain batik n pelikat murah2 jer..hehe..tpi satu pon tarak beli...hehe..
usai beli brang bertolak ke pantai cenang semula..smpai2..aq kena pasang khemah yamg amat besar..6 org-10 org pon muat..pastu tolong tgok wari, ajis, kamal, a.mat, aishah, chark n k. nat buat rakit (rafting)..naik buat x pandai..tolong duk n komen jer la..hehe..
mlm 2 tyme tok try rakit..fuhhh x sangka tenggelam rakit 2...nak2 bila wari yang naik...(lau dia baca mati aq)..hehe...tpi tempat aq naik x tenggelam lak..ye la aq yang pling kecik n ringan...huhuhu..so but blik smpai mlam...malm bru bleh main air laut after siap pasang boya..psang boya guna kyak n waktu mlam...
blik hotel mandi2..turun..adew meting agipon encik rahim n family..serta en.khairi n 2 org anak buahnya khairul n wak...bru sampai..yg kelakarnya dlm meting 2 bleh lak terlelap..mengantok..kan x tdow agi dri mlm smp mlam..hehe..yng terkejutnya tyme bca nama ajk..aq still agi x lari dlm bdang tugas..ajk makanan...
after meting mkan nasi lemak..lpas 2 kmas2 meja n khemah..dalam pkul 1 lebih g la jalan2..tpi sume kedai dah tutup..just bberapa jer yg buka..beli benjo..sempat jer...
pgi esok..dlam pkul 9 lbih...mkan roti canai, nasi lemak n air tea ais..siapkan rakit n bt promosi...after tamat pertandingan slalom n tarik tali entry n aishah naik kayak..best first tyme naik kat laut..pastu di usha oleh abg JPA lak 2..alang2 kene usha..we oll ngn muka x malu mintak nk naik jet ski yg d tunggangnya..untung la dpat..best..2 kali dpat nai..yg lain sume skali jer..skali naik rm200 kot..aq dpat naik free..finish naik jet ski..turun berenang..oppss..blajar berenang..hehe..tpi x dapt2 pon..wlaupon rmai tok gurunya..still x dpat2..pape pon tqvm di ucapkan kat a.mat, k.nat, ajis, wari, hadi, rahman n kamal..kerna bgi tunjuk ajar cra2 nk berenang..tpi still x dpat ikot...just bleh teknik apungan jer..hehe..
mlam ujan..sejuk giler air ujan kat tepi pantai..smbil makan remis yg di kutip tgahri xdi..kelakar bila tengok en. khairi, en.rahim, n hadi makan remis..depa x pernah makan...hehe..nbest wlaupon just di rebus shj..
mlm 2 just tyme 2 shopping..jalan2..wlaupon adew konsert awie yg nyanyi tpi we oll x tgok pon konsert2..evenkhemah we oll kat belakang stage konsert 2...ngah jalan2 cri ole2..tgok adew persembahan bunga api..fuhh..bnyak giler 5000 kot..tpi cantik r...design terbaru kot..best2..ermm..mlm 2 we oll berborak2 ngan geng lelaki..dlm pkul 2 lbih we oll blik hotel...blik2 kononnya nk tgok citer best..tpi tertidow n bermimmpi duk berenang..huhuu.
pgi esok cam biasa..duk ikat rakit n test rakit..pahtu kene masuk pertandingan rakit dpat no 7..ok la dpat saguhati rm50..x sangka..we oll jdi urusetia ni...dapat elaun kot rm 150..giler r...dah la stress hilang, enjoy..even sentiasa di buli oleh a.mat, en.mat,wari, ajis n kamal serta hadi..tpi sangat seronok, gumbira n enjoy r..hope adew agi la program camni..n hope tahun depan dpat jdik urusetia kyak agi...giler kentang r..best...ptg 2 we oll g beli coklat..terkejut semua sekali rm 90 abis..wlaupon entry sngt x suka makan coklat..tpi kerna mak, ayah n adik2...xpe la..
balik dri beli coklat terus g jeti feri pkol 7 mlam..best feri baru jer beroperasi 5 blan..smpai pkol 8.45..singgah la kt kuala perlis sat makn..best..di support tok last tyme..sotong msak merah, kerang bakar, ikan bakar, syur n ulam..air fresh oren kot..hehe...abis makn bli..smpai blik pkul 10.40mlm...nk bt asement tpi tertidow smapi lappy termati kehabisan b3...hehe..
ape2 pon seronok sngt g langkawi..walpon ramai yg takot nk tgur sbb perubahan pda muka...kerana kehitaman...tpi keseronokan di rasai itu telah menghilang rasa malu berwajah gelap ini..hehe...

Friday, April 8, 2011

kawan sejati

kawan?? teman?? sahabat?? saing?? mesti korang pernah dengar perkataan2 ini kan?? and then mesti korang pernah adew kawan kan..dan wajib ade kawan walaupun sorang..betul x? dan Saya juga pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan. 





Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati? jom kita pakat2 muhasabah 
diri...