Friday, July 15, 2011

jubah untuk ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ker kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?” Marah ibu.
Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.
“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah 2 kali kau ulang ambik SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang ha?” Leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah.
Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.
“Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu?Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakal hal sebenar.
Si ibu semakin bengang.
“ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan yer!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit kan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.
“Tau sakit yer, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulannya menyirat tubuh Along yang kurus itu.
“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!” Jelas Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.
Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf dari ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.
Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu dibilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semuakesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikitpun tidak bersalah dalam hal ini.
Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along berbaring. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itumenyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walau kasih ibu tidak semekar dahulu lagi.

Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
* * *
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja.
Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudianmencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang dari mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri yer!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka.
Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.
“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”
“ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggu lah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu yer!” Si ibu bersuara lembut.
Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.
“Kak Ngah dengan Alang nak balik ker ibu?”Soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.
Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.
“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?” Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.
“Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!” Terang si ibu.
“Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..” Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dekkehairanan.
Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalitpun pada ibu yang sangat disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Kerana itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya.
Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada spasang jubah putih berbunga ungu yang dilengkapi dengan tudung bermanik.
‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri.
Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa -rupanya itu Fariz, sahabatnya.
“La…kau ker, apa kau buat kat sini?” Tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.
“Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?” Soalnya pula.
“Aku tak der buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!” Jelas Along jujur.
“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagiless 50%. Macammana?”
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.
“Betul ker ni Riz? Nanti marah kakak kau!”Along meminta kepastian.
“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!” Balas Fariz meyakinkannya.
“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan.
Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.
“Kau ambik dulu, lepastu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz .
Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?” Soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.
Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitan yang semakin lusuh itu.
“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak per lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!” Pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor 7. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi.
Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisal auk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.
“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?” Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya dari menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.
“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!” Leter ibu lagi.
Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
“Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.
“Along. Kalau tak suka belajar, berenti jer la. Buat jer kerja lain yang berfaedah dari menghabiskan duit ibu.” Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.
Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka.
Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka.
Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.
Seperti yang dinekadkan, pagi itu, selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap. Dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar dari rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal.
Dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar dari rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiapkali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.
“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!” Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.
“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.
“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.
“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh denganparents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.
“Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
“Ada”jawab Along pendek
“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doctor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengkan kepala.
“semua tak…Cuma 1 jer, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya.
Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
“Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!” Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.
Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.
“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni.” Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.
Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.
“Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.
“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?” Soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya.
“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak yer! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang.
Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
* * *
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.
“ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ker?” Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
“Zam, mak kau marah kau lagi ker?" Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?”
“Tak per lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni.” Terang Along dengan tenang.
“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah.” Kata Fariz lagi.
“Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”
“Zam..kau ni…..”
“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku taknak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!” Pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.
No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ker?” Soal Fariz ingin tahu.
“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia.” Terang Along.
“Abang Joe mana ni?”
“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!” Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .
“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”
“Hari ni la…” balas Along.
“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”
“Bukan. Minggu depan…”
“Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan jer?” Soal Fariz lagi.
“Aku rasa hari ni jer yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar dari kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.
Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak dari melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut dari kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.
Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang –orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.
Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan dari ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu.
Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan k ad yang masih digenggamannya itu.
“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.
Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
* * *
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.
‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’
Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.
“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.
“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Thursday, June 30, 2011

masum 2011 4 sukan air kayak n rowing...

even pertandingan ini dah hampir seminggu berakhir tpi ia masih setia terpahat di dalam memori ini...agak sukar untuk ku lupakan segala pengalaman ku di presint 6 putrajaya...

22 jun kami rest jer kerjanya..sebab official training we oll x g sbbnya masing2 nk rest..so en.aizul pun beri kebebasan kpda kami tok rest..just ptg jer adew training..jogging di sekitar kampus upm..sbb pgi 2 ade manager meting tok pertandingan esok...so yg pi en.aizul, kiera n kopau...so yg lain rest..adew gak yg pi bagi sokongan kat team babminton..ramai yng sleep la..kononnya nk qadha' tdow yg tertunggak..huhuhu...tpi ptg 2 ttap turun training...

so 23 jun...hari yg di tunggu2..telah pun tiba 2day perlawanan di antara tk 1 women 1000m huda, tk2 man 1000 meter, ezwan n ezmiey..tk2 women 1000meter fyda n bro (zatiey) n then my best friends tk2 women 4 500meter..aesya zin n chark..2 tok kayak..manakala tok rowing lak man 4+ coqsen razak (bkan nama sebenar), aslah, tauwfik, am n mad smart (smart ker) n then man 4- tawau, badrul, jaha n lan..tapi malangnya kemenangan bkan menyebelahi kami..but 4 tk2 women 500m dpt masuk semi..tahniah korang..n then rowing 4+ n 4- dpat peluang ke 2 sbb dapat pergi rapichange..gud lark korang..yang x berjaya jgn ptus asa...

24 jun...saat yg mendebarkan sbbnya ari ni pertandingan rowing 4- (jue, adda,entry n k.aii) n 4+ (coqsen yati,   ainul,aishah go,nalis n k.dilla) n then kayak tk1 500 meter 4 man kopau ,tk2 500 meter 4 man n then tk2 4 women 500meter (semi)chark n aesya zin..so kami dak rowing 4- turun awl pkul 9 pagi agi even game start pkul 9.50 a.m..ye la nk setting oars agi, nk regging boat, nk pakai B.A agi, nk tangkap pic agi..nk turunkan boat agi..rowing ni bkannya tugas yang mudah taw..n then boat rowing 2 bknnya ringan 4 org jer yg angkat... so di pendekkan cite la kan..setelah turun ke tasik putrajaya 2 kami pun berhenti kat tgh2 pakai kasut, betulkan B.A n then baca selawat n ayat al-quran cikit bermulalah kayuh..just gunakan tenaga tgn only..x nk bazirkn tenaga..kan nk race 1000meter...so smpai kat start..k.aii pesan suh tgok lampu..ala cam lampu isyarat 2..game start when lampu hijau menyala or bunyi hon...di sbbkan kami ni bdak baru so mybe la terkejut kot tgok lampu 2 hijau so dekat start dah x tentu hala..dari link 2 masuk link dak utm (link 3) n then link 4 n xde link pun..pastu cube cover blik tpi sngat susah sebabnya pergerakan tidak serentak..kayuhan yg tak sama...tpi dekat 500meter cube gak fight wif dak usm sbb dak utm mmg dah tingalkan kami dah..in 100meter kami makin hampir wif them..but malangnya dak utm smpai ke garisan penamat dahulu..usm seconds kami last...just separuh jer boat rowing yg sempat kami kejar...but kami still adew peluang tok msuk semi..sebb kami dpt masuk rapic charge..sedey sangat...tgn mmg terasa penat nk ketar tpi teringat kata2 en.aizul ' wlauapaun pun yg terjadi, penat, letih ke aper ker kayuh sampai abis..kayuh smapi ke garisan penamat" so sbb 2 lah aq dpat kekuatan tok fight..but still gak x ckup..so sad..n then this de seconds tyme i'm crying...n then di tenangkan oleh kawan2..k.aii, jue, ezwan n soon la..thanks friends...4+ pun sma dpat msuk rapichange..tk2 n tk1 4 man (DNF) do not finish sbb capsize...kesian diorang..it's ok my friends..you all dh bt yg terbaik dah..so ptg 2 member aq (along) dtg.. kejap jer..bgi support kat teams kami..tyme ni game tk2 women dah start..so menjerit la bgi semangat kat member chark n aesya zin..duk menjerit2 2 sempat lak aq bt mohabbatin kat citu..malu kat ollammm..bleh lak aq terjatuh kat tebing 2..nsib la x masuk dlam tasik 2..ayok..bapak segan..ingat xde yg nmpak..tpi urmmphh...dlam postmoterm 2 en. aizul, fyda n beberapa agi member aq nmpak..mak aii..malu giler..dah la jautuh 2 dekat dpan grandstands..tpi nsib la xde yg rakam n then syukur la web cam en.aizul xde bateri..huhuhu...so pertandingan ptg 2 dak laki2 4+ n 4- rapichange..event x dpat masuk semi but they all dh bt yg terbaik..4- adew yg x kayuh sbb dah give up..tgok lwan tinggal jauh..4+ give sbb duk kayuh2 padu 2 tetibe2 jer adew yg bt onar...tertwist lebih yg mengakibatkan oars 2 terlepas..bkan sekali tpi bnyak kali..2 yg bt bdk2 ni give up..n stress..sabar la korang semua..tuhan 2 memang adil..dia telah tentukan segala2nya.. so we oll balik ke upm...

25 jun..kali ni kami lawan kami unisza, uniteen, n uiam..kami dapat link 3..so permulaan start 2 dah cantik dah..masa nk padu tu ade antara kami dah penat penat sampai x dapat nk cover boat tu dri melelong..masuk link uniten sampai kami di suruh stop oleh empayar..agak lama gak la kami terpaksa stop..n then bla kami dpat arahan jalan kami cuba cover balik masuk link balik..akhirnya masuk link dbalik..fight punya fight kami akhirnya dpat no 3..unisza 1, uniten 2, uum3 n uiam 4...so sad..naik jer ke darat air mata ni gugur ngn sendiri tanpa di suruh2..event masa kami x jauh bezanya but we oll still terkilan sebab x dpat msuk semi..sangat2 sedey..sbb harapan en.aizul 4 rowing dpat msuk semi..but we cannot do it..so sad la..sampai dak laki dtg tenangkan..termasuklah coach easy...tetibe jer rasa sedeh..sebab 2 la last tyme we oll akan pegang rowing..sbb at uum xde boat rowing..so sad...after bt cooling down..en.aizul bt postmoterm..tpi air mata ni asyik menitis jer..begitu murah..air mata ni saat itu..ye lah mana x sedih..masa cuti bersama family terpaksa di korbankan..tidow pun sama..dah tu duit agi n then kulit ni...entry yg hitam ni pun bleh nmpak sunburn nya..bru trsa diriku putih..huhuhu...hitam sngt smpai x nak tgok cermin...hate cermin...cube ckp kekuatan mental, fizikal di perlukan tpi 1 pun x dpt untuk di kenang..so sad...bkan kami pemain jer tpi pengurus kami en.aizul pun sma 2 minggu tinggalkan isteri tercinta tuk sama2 kami..kecian dia mesti rindu sngt2..bak kata razak 2 kali terlepas malam jumaat..huhu..sungguh kesian..bkan ajer pengurus tpi p.cik bas 2 pun sama tingggalkan anak n isteri tok bawa kami dari ukm n upm ke presint6 putrajaya..bwa kami makan..pergi sana..pergi sini..kesian p.cik 2..anyway nk ucapkan terima kasih yg x terhingga kat en.aizul n p.cik bas bagi kami sokongan n tolong kami dlam aper jua bantuaan yg kami perlukan tnpa mu kami mungkin x kan mampu pergi sejauh ini..thanks a lot... n then x lupe gak kat kawan2 yg bnyak bgi sokongan andik, aishah muamalat, adda, yam, faiz, kamal, n soon la..x lupe kat jurulatih entry en.mad..tqsm korang...katanya i can do it..agipun lwan kamu 2 semuanya makn nasi..huhu..n yg x kan sya lupa ced mad janji nk blnja mkan..nyum nyumm..x sabar nk g sintok..huhhu...
anyways..lau di ikutkan mmg la amat sedeh sbb kalah..tpi bila di fikir balik paling kurang dah dpat banyak pengalaman yg orang lain x pernah rasai..so patutnya rasa bangga n bertuah...tu kata2 en.aizul..n en.aizul akan ku jadikan idola ku..sbab sikapnya x pernah menunding jari kepada kesalahan yg di lakukan..n then x pernah menghukum org berdasarkan mata kasrnya..tpi berunding wif the person...4 en. aizul..i will practice your attitude..thanks a lot...4 you all... pengalaman yg x kan ku lupakan sampai bila2... 

Tuesday, June 28, 2011

training 4 masum 2011

selepas balik dri langkawi ari 2 entry x terus balik umah tpi entry terus balik uum...sebab adew training 4 masum seminggu..so x dapet la nk balik umah...training tok fitness jer dalam seminggu lebih gak la..training pagi, petang n malam...jogging, main bola baling, panjat puncak vista, ade la senaman lain2 2...fuh sungguh penat....
cehhh...penat la sangat....sampai terskip 2 hari kot...pergi pulau aman...best giler...sunyi sepi jer tempat 2..pergi sna bnyak pengalaman entry dapat...memancing ikan malam2...pastu menjala udang sampai terjatuh2 dlam laut tyme tebarkan jala...huhu...malu kat olammm...hehe..but tu peristiwa manis la...masak lak udng fress ari2 bt celup tepung..best ooo...pergi 2 hri je..pastu blik uum blik tok continue training yg di tinggalkan...bru 2 hari x lari dah semput dah nk lari..2 la sape suh minum ais kacang kat pulau aman...kan dah semput...padan la muka tu...
so training diteruskan...and then tiba la hari yg di tunggu2...13 jun kononnya dpat pi la training kat putrajaya 2.. tgok2 xdapat lak nk pi sana atas alasan xde penginapan...aishh..geram btol la..tpi nasib baik la ade en.aizul firdaus...dia la yg uruskan segala2nya..so kami bleh la start training kt putrajaya 16 jun..sbb kami bertolak 15 jun..
16 jun...smpai2 jer putrajaya 2...kami bdak2 rowing ni xleh la plak nk guna rowing selagi x join klinik rowing... kononnya in klinik rowing ni jgn main2 kne serius jer memanjang...tgok2 coach halim ni plak yg duk bt lawk memanjang...sampai bab2 sejarah melaka, iman mahadi n soon keluar..last2 sekali di suruhnya kita membaca sejarah rowing sendiri...adoiiya...bnyak betui la cerita sejarah rowing ni...smpai pening kepala ku...
so dlam pkul 12.30 tghri...aq n kawan2 rower aq di tunjukan boat rowing...2 la first tyme tgok boat rowing di depan mata..n then ptg 2 dlm pkul 3ptg kami naik mesin ego (rowing)..blajar teknik yg betul...ptg 2 juga kami rowers girl naik boat 4+ aq, nalis, kiera n adda duk dlam satu boat coqsen dia coach hadi...n in boat wif coqsen jali ialah dila, ainul, aishah go n jue satu boat...yg best nya...dlam bot entry 2..sebabnya coach hadi x bagitaw pun kat kami comand in rowing..selalu jer dia sebut easy but we don't know what de meaning 4 easy..sampai la my frenz ask him...n then dia dgn muka segannya cakap easy tu stop..huhu..sampai skang we oll panggil dia abg easy..hehe...first naik boat 2 very hepi..because 4 me it so easy...sngt seronok..
hari last dalam klinik rowing kami naik 8+...huh hnya tuhan saja yg taw  hati ni...rasa nk give up jer..ingt agi tyme 2 ambik tempat no 5..sebelah kiri..kekok kot..smpai asyik di tegur ajer oleh coach jali bermali mata biru 2...mak aii dia siap suh aq kayuh pejam mata agi..smpai kan dia ckap aq kayuh pejam mata lebih baik dari aq kayuh bka mata..giler seksa nk kayuh 2..smpai kan 4 jam in water very long smpaikan dalam ati ni duk asyik berdoa supaya cepatlah masa berlalu..aq dah x sanggup dah...naik jer kat darat..pi kat grand stands bleh lak menanggis..why i'm so stupid girl...kayuh rowing yg senang camtu pun x bleh nk bt..nasib la ada member2 yg pujuk..huh malu kot...ramai ajer yg adew ums, usim, umk, utm n um pun adew kot..dak2 lelaki pun adew sekali..ptg 2 after solat jumaat turun agi..abg 2 siap pesan agi ok no 5 ok x?? tenangkan fikiran, tenangkan minda, tenangkan jiwa n selami lautan dalam...tu la yat yg dia sebut2 kat aq tyme aq xleh bt pagi xdi..kali ni aq duk no 4..sebelah kanan lak..kira ok la..aq dah dapat kayuh n then a.jali pun dah puji dah..siap kembang dah lubang idung ku ni..x tertutup dah..huhuhu...cume member aq sorang jer nalis dia jer yg a.jali tegur..di suruh ke depan dia ke belakang..di suruh ke belakang dia ke depan..last2 a.jali suh dia search kat google ape 2 depan n belakang..huhu...lawak tol la..ape2 pun aq taw nalis bleh bt yg terbaik dari aq...anyway klinik rowing ni bnyak menda manfaat yg aq dapat...teknik yg betul n then cara rowing yg betui..bnyak petua yg aq dapat...
18 jun kali pertama naik rowing tanpa bimbingan coach..4- lak 2..giler la.. ni aq nk nangis kali ke dua sebab oars yg aq dpat tu asyik tenggelam ajer...n ia membuatkan boat tu hilang keseimbangan..x leh nk kayuh laju...sampaikan oars yg aq pegang 2 ke belakang...nasib x pancung kepala...lau x mati la aq jawabnya..ni yg bt aq rasa nk give up sekali agi..n x nk naik boat rowing 4- dah..huhuhu...
19 jun lak..aq naik sekali agi n setting oars..so boat yg ni ok best...oars pun ok..n make me confident untuk naik boat 4-..kali ni 3 lap ok la..ikut link just..last laps jer penat kot dri link 2 masuk link 3 n link 4 n then finish link 1..huhuhu...very tired but epi...
20 jun..trining di lanjutkan...hari ni bleh bt yg terbaik dri semalam...best training ari ni.. straight jer..just last rounds...2 jer dari link 2 masuk link 1 but dpat kawal balik finish in link 2... so tarining last ni dpat bt yng terbaik hope in game 22 jun ni dpat bt yg lebih baik..hope so....

baksis perdana 2011 (langkawi)

hari tu entry pi langkawi..entry join program bakti siswa (baksis) alaa..program anak angkat 2...nma kampung yg terlibat ngn bksis ni ialah temoyong, langkawi...walaupun bnyak progrm yg di jalankan agak kucar-kacir tpi terasa seronok sangat..mana x nya dapt mak angkat yng baik n sporting..abah angkat pun ok jer..n then selalu jer jga keselamatan kami..sungguh berjaga2..kalau kami nk pi laut nk mancing pun x bagi sebab ombak besar..tpi sebab x nk kuciwa kan hati kami dia suh a.heril bawa kami jalan2 jer kat tgah2 pantai 2 naik bot nelayan..ok la..kira dapat gak merasai keseronokannya..hehe..anyway dpat adik-beradik angkat yg peserta baksis ni best jugak..ye la member aq kot aesya..hehe..agipun anak2 mak angkat aq pun kira ok gak..semua baik2 n sporting2..adew ajer usikannya...tpi yg best agi wlaupun diorang adew anak lelaki tpi masing2 x tdow kat umah..adew yg pi tidow kat umah abg diorang..tidow kat bengkel (umah)..so kami berjumpa tyme hantarkan kami ke tempat program sebab  motor yg kami selalu naik 2 tayar dia pancit..so diorang la hantarkan..n then we oll jumpa tyme we oll pi jalan2..diorang gak yg bawakan..
anyway i'm so hepi duk kt langkawi ni...actually bkan jer dapat mak angkat kat langkawi but aq dpat juga bertemu pantai cenang yg tersimpan sejuta memori manis n pahit...tq so much to my family angkat sudi terima kami ni seadanya....--

Monday, May 30, 2011

kisah di sebalik putrajaya...

nk di jadikan citer entry abs exam 26 mei.. n then 27 mlm 2 untuk release tension sebab tu entry pi putrajaya ngn member2..so mlm 2 kami bertolak...sampai dalam pkul 5 pgi camtu la kat perhentian sungai buluh tok mandi n solat kat c2..n then bergerak ke putrajya..even kirorang pi ngn bas 5 buah bas tpi jgn terkejut lak..kami di escot oleh kereta polis..class..gitu..hehehe..tetibe-tibe jer rasa cam vvvvvip..oppss terlebih vv la plak..hehe...over excited la katakan...so di pendekkan citer la kan..kami pun sampai la kt putrajaya 2..bas berhenti kat masjid putrajaya 2..n then kami pu bebas la nk g mnew pon..kami ari 2 berjalan jer kerjanya..dari pkul 9 pagi sampai pkul 5.30 ptg..amat2 penat rasanya..cam kaki dah x jejak tanah dah..tpi best gak la duk posing jer memanjang...even kamera rosak tpi adew lak mamat yg baik ati dia sponsor bgi pinjam kamera dia..huhuhu..so aper agi ambik je la..org dah bagi..hehehe..lepas satu booth  satu booth kami jelajahi..hehe..macam2 adew..yg paling best kebanyakkan org kat sana semua ingt kami ni dak skolah..ehh muda sngat ke kami ni?? aduiiyaii..mentang2 la kami ni pakai baju n tudung putih...huhuhu..kat sana ade pameran ATM, kolej2, TUDM, bomba n bnyak lagi la..yang pling best g kat booth bomba..kat sana adew pameran ular..membe2 semua pegang..tpi entry x leh nk pegang terasa cam bulu roma n tengok ni dah berdiri tegak..hehe..geli2 sngat2..hehe..so kami pi dekat himpunan satu belia 2..kononnya ptg tu adew la su ju (super junior)..padahal xd pun..tpi mlm tu ade la..su ju bt persembahan..so pkul 6 kami kumpul blik kat masjid n then kami pun bertolak blik dlam pkul 7.30 ptg..berhenti kat sungai buluh agi.. mkn n mandi kat ctu..dalam pkul 10.00 mlm bertolak balik ke uum..amat penat la..nak di jadikan citer la kan..kerana terlalu penat sampai nphone pun bleh tertinggal kat dalam bas tu untung2 la col p.cik bas 2 dia ckap adew..tpi nk dptkn blik nphone 2 yg lmbat cikit la..hehe...but at lease entry dpat gak la..ye la even hp 2 murah jer tpi hp 2 la penghubung entry ngn family..lau x mati entry..dah la lmbat agi nk blik..hehe..ok la..entry pun dh x larat dh nk mencoretkan kat blog ni..sebb entry kene bangun awl pagi tok g kursus induksi baksis perdana..hehe..k daa korang sume..tq sudi membaca...  

Monday, May 23, 2011

pesan ibu

waktu2 exam ni..mak adalah pembri semangat yang setia di sisiku..wlaupun mak tiada di sisi aku...tapi setiap kali aq col dia ckap nk exam atau suruh dia doakan aq..dia x pernah jemu pun untuk memberi kata-kata semangat n motivasi kat aq supaya banyak kan berdoa..bertakawal.. n berusaha untuk berjaya...aq selalu ingat pesan dia..dia ckap nak jadi orang yang berjaya bukan senang tapi nk jadi oarang yang x berjaya 2 yang senang..memang aq akui kebenaran kata2 mak aq tu..nk berjaya x senang pun..yelah berjaga sampai 2,3 pagi tpi result x meletop2 gak..stady bkan main agi hard tpi last2 dpat biasa2 jer..tpi aper yang penting mak aq ckap nk berjaya ni kene ada semangat tak pernah kenal putus asa...mak cakap biasa la tu makin lame kita belajar makin pening otaknya..tpi manfaat la masa belajar tu sbbnya dulu mak x pernah pun blajar smpai ke u..so guna lah peluang ni sebaik2nya...x semua dpat masuk u..tpi org yg masuk u jagn la sia2 keadaan ni...mak juga sering berkata..lau kita ingat ALLAH..ALLAH x pernah lupa kita..lau kita lupa ALLAH dia juga sering pantau kita..walaupun dia tu adalah pencipta kita tpi sering sja lihat n pantau keadaan orang bawhannya...tpi kita ni yelah manusia selalu jer alpha..x pernah pun x lupakan dia..wlaupun dia lah yang telah menghidupkan kita..dan yang memberi kita tempat tinggal makan n minum setiap hari..sebab tu la kita ptut selalu ingatkan mati..sebab dengan ingat mati jer menyebabkan kita ingat ALLAH...anyway mak juga slalu pesan minggu2 exam ni jgan tidow lewat2..tpi bgun tu mestilah awl...lau bleh tdow la awl n then bgun awl..tu la mak selalu pesan..dan x kan lupakan sampai la aq abis exam..dia juga selalu ckap..yang dia selalu mendoakan kejayaan anak2 dia..selain 2 mak ckap doa la kat ALLAH bnyak2 mintak dia sihatkan badan tyme exam2 ni...kene kuat semangat..jagn terlalu lemah...sebab mak kat cni slalu doakan kesihatan n keselamatan anak2 dia...kadang2 aq terasa bersalah jugak sebabnya...aq ni x selalu col dia..yelah bizy n top4 pun jarang2 jer..selalu jer mintak kredit dri abg..nsib la baik ati...hehehe..pahtu aq sem ni x balik lak tu..kesian mak aq...mak ampunkan segala dosa2 ank mu ini...entah la kadang2 aq terasa cam aq ni terlalu pentingkan benda lain dri keluarga aq..yelah bru belajar kat u lau kerja nnti x taw la camne..yelah tyme u bgi cuti misterm aq x blik sbb kne handle projek..tyme cuti sem lak aq blik lmbt..after 1 month bru blik sebab terlibat ngan masum..sukan air...mak ayah maafkan ain ye...ain syangkan mak n ayah..ain cume nk merasai pengalaman kat u jer mak...maafkan la ain ye mak ayah..bukan niat nk lupakan mak n ayah tpi ain cume ingin mengaut pengalaman sebelum berada di alam kerja shaja..mak ain akan ingat pesanan mak sampai bila2 n ain janji x kan kecewakan mak n ayah...terima kasih mak n ayah kerana jaga anak mu ini..dan terima kasih juga atas nasihat2 mu itu...jasa mu akan ku kenang n kata2 mu akan ku ingati...thanks a lot...love u so much.,...

Sunday, May 22, 2011

ati yang kau sakiti...

ya allah... dah bnyak kali ku bersabar dengan tingkah laku sorang kawan ku ini..kerana dia la sem ni aq slalu xde semangat n selalu moody jer memanjang...tpi kerana dia tu my **M** aq so aq sabar jer la..sepanjang aq bersama dia berapa kali jer dia berborak2 ngn aq?? ok fine i know dia tu just tau stadi 24 hour..i dont care..but please la if something happen n i have related wif that problem..please tell me..if x nk bercakap pun tulis note or mesej jer la..xkan x bleh?? camner hubungan nk harmoni lau ati ni selalu di sakiti?? lau kau sakiti sekali dua xpe la jugak aq bleh ajer trima tpi ni dah berpuluh2 kali..n aq dah x leh nk kira dah..n sekali jer sepanjang aq kenal ko...ko mintak maaf nagn aq?? camner ati ni nk berbaik2 ngn ko?? ko taw aq terasa ngn sikap kau tpi ko still jugak bt n langsung x kisah...aq taw ko x suka aq..ye la tgok dri segi pakaian pun aq taw dah ko...kau tu pakai ****** ***** aq ni pakaian x cam ko..kdang2 2 pakai seluar pendek jer kat blok...pahtu kadang2 pakai seluar jeans..so may be ko  x suka...tpi nk bt camne aq bkan cam ko slalu pakai seluar pnjang...bju besar n soon...ok aq accept yg aq x sebaik ko...tpi perlu ker bt aq camni?? x puas ker ko nk sakiti aq..event ko x suka aq..ok fine aq sanggup pindah dpp ni lau tu yg bleh bt ko epi...aq taw tu yg ko nak sejak dulu agi..aq taw ko la org yg pertama akan bersorak kan?? ok fine untuk kebahagian ko aq sanggup pergi jauh..event aq taw tu hnya akan menyusahkan idup aq agi aq sanggup korban kan jnji ko epi... n then aq berterima kasih la kat ko coz sudi nk trima aq sbgai **m** ko..event hati ko x nk akui... dah la ati ni pun dah sejuk sikit dpat luahkan dlam blog ni..so xde la nnti cepat tua sngat..hehe..so aq harap la agar kawan2 aq kat luar sna cari la kawan yang x memilah sebb sekali teman selamanya akan mnjadi teman..jgan la pilih teman hanya tuk berteman beberapa sem jer..even rasa x sesuai bt jer dia cam tunggul mati...lau sesuai angkat dia smpai ke puncak langit..lau x seperti yg di harapkan kambus dia ke dalam tanah..so pilih la kawan tu btol2 jgn jadi cam saya... :-((