korang pernah x dapat bunga rose atau ape2 bunga dari sape2?? x kira la sama ada dari suami, kawan, kekasih, mak, ayah adik2 or sape2 jer la..korang taw x aper maksud yang tersirat di sebalik bunga rose ini??? x tahu?? anda nak taw?? jom kita terjah...huhu..
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.
bunga rose merah : si dia mencintaimu sepenuh hati dan ingin bersama selamanya..
bunga rose putih : rasa cinta yang ada pada dirinya adalah seputih, sesuci dan sejati bunga rose putih ini..
rose kuning pula bermaksud lambang persahabatan dan kegembiraan. TAPI bunga ros kuning juga lambang cemburu. Jadi untuk mengelakkan salah faham, bagi bunga dengan nota sekali. Nanti kalau salah faham lagi haru.
rose pink or merah jambu kegembiraan. Makna pada mawar pink bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna pink pucat/muda (light pink) simbolik kepada kekaguman atau simpati terhadap penerima. Warna yang lebih pekat/tua (deep pink) memberi simbolik kepada penghargaan dan terima kasih.
bunga rose biru "Blue roses also convey inner feelings of love at first sight, being enchanted by something or someone. The color blue is also traditionally associated with royal blood, and thus the blue rose can also denote regal majesty and splendor" [Wikipedia]. Tetapi mawar biru juga sebagai simbol misteri atau sesuatu yang tak dicapai.
Nota: Bunga mawar biru sebenarnya tidak wujud secara semulajadi. Menurut Wikipedia "Blue roses do not exist within nature, as they lack the gene which produces the blue pigment. Traditionally, white roses have been dyed blue and recently researchers have used genetic modification to create blue pigmented roses."
No comments:
Post a Comment