urmmm..ari tu entry adew la terbuka fb seorang teman ni..kata2 yang dia tulis 2 amatlah menikam jiwa entry ni..al-maklumlah entry nikan slalu jer bizy sampaikan benda2 camni pun kita x sempat nk terfikir pun..pae kta kita muhasabah diri seketika dengan kata di bawah ini..adakah ianya betul or yidak??? jom kita layannn... =)
Kita sebenarnya…..lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
Kita sebenarnya…..lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya…..lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
Kita sebenarnya…..lebih khusyuk mendengar lagu Hindustan daripada mendengar Azan
Kita sebenarnya…..lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji
Kita sebenarnya…..lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
Kita sebenarnya…..lebih suka menyebut hai dan hello daripada Assalamu’alaikum
Kita sebenarnya…..lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop, dll daripada berzikir
Kita sebenarnya…..lebih suka memuja manusia daripada memuja Allah kita sendiri
Kita sebenarnya…..lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
Kita sebenarnya…..lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
Kita sebenarnya…..lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
Kita sebenarnya…..lebih suka mencarut daripada menyebut Masya-Allah
Kita sebenarnya…..lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan
Kita sebenarnya…..lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Kita sebenarnya…..lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat
TETAPI…..bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa…..
Kita sebenarnya…..lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??
Mari kita renung2kan bersama...
No comments:
Post a Comment